Monday, 5 December 2011

novel(tak tau nk letak tajuk ape...hehehe...)


                                                                                     1


   Batrisya bagaikan ayam berak kapur,mukanya pucat,agaknya kalau di toreh mungkin tiada darah yang mengalir dan dari tadi asyik menggenggam tangannya,Anita yang di sebelahnya pula yang menjadi risau melihat keadaan sahabat karibnya yang sedari tadi diam seribu batu.
    “oit,ko ni kenape ha.aku tengok dah macam ayam berak kapur je muka kau tu,rilex ar beb,aku pun nak ambek result jugak,tapi tak de la macam kau,”kata Anita kepada batrisya yang diam seibu batu.
     “tengkorak kau rilex,aku ni sampai dah nak terkencing dah ni kau tau tak,”marah batrisya dan dia sengaja mengendurkan suaranya supaya orang lain tidak boleh mendengar suaranya.sememangnya Batrisya menanggung debaran yang hebat didadanya kerana ingin mengambil keputusan SPM nya.
      “wei jom la dah sampai ni,”ajak Anita
      “err..boleh tak kau teman aku ke tandas sekejap aku dah tak tahan dah nie,nak terkucil,”kata Batrisya sambil mengerutkan dahi tanda tidak tahan ingin membuang air kecil.
      “Ya Allah kawan aku sorang nie,gabra tak tentu hala,jom la tapi kau cepat sikit tau,aku dah tak sabar nak tengok result aku ni,”
       “okey,”
      “Sya cepat sikit orang dah ramai dah tu,”
      “okey,aku datang ni,”
      “kau nie lamanya buang air,kau buat apa dalam tu lama sangat?”
      “aku cuci kapal terbang,kau ni sengal la,dah nama pun aku duduk dalam tandas mesti la melabur saham,tu pun nak tanya lagi,macam ni jawabnya tak pass la SPM kau,”kata Batrisya berbaur gurauan.
        “eh..eh..minah sorang ni,aku sekeh kepala kang baru tahu,orang tanya betul-betul,die main coner-coner pulak,”kata Anita bengang
         “eh,betul pe aku cakap,kau tu je yang coner-coner,”
         “argh,mengarut je bergaduh dengan kau asyik-asyik aku je yang kalah,tadi aku tengok kau bukan main lagi gabra,sekarang mana hilang gabra kau?kau buang sekali ke dalam tandas tadi?”
        “aku tengah control gabra  la ni,kau ni pun jangan buat aku gabra balik,”
        “hmm…lantak kau la,eh jom la kita pergi ambek result tak sabar ni,”kata Anita sambil teruja.
         “ish..ramainya orang,”Anita merungut
‘Ya Allah ya tuhan ku aku bermohon kepada-MU,kau lapangkanlah dadaku semasa menerima keputusan ku kelak,amin.’Batrisya berdoa di dalam hati.
           “err..cikgu saya nak ambil result saya,”kata Batrisya
          “nama awak siapa?”tanya cikgu Bahiyah tanpa memadang siapa si gerangan yang meminta keputusan peperiksaannya.
             “Putri Nur Batrisya Atilia binti Mohd Khair”
             “sekejap ek,”kata cikgu muda itu sambil mencari nama si gerangan tadi
            “nama awak tak de la,”kata cikgu muda itu
            “ha!! Tak de!!”saat itu Batrisya bagaikan mahu pengsan nasib baiklah Anita ada di belakangnya dan menepuk bahunya dan Batrisya kembali sedar.
            “tapi dia dulu sekolah di sini cikgu,”sampuk Anita yang sedari tadi membisu seribu bahasa.
            “nanti sekejap,apa nama awak tadi?”tanya cikgu muda itu kembali
            “Putri Nur Batrisya Atilia binti Mohd Khair,”kata Batrisya lagi
            “oh..saya terlupa,result awk ada di tangan pengetua,katanya lima result pelajar dia pegang,saya pun tak tahu kenapa.”bohong cikgu muda itu,sebenarnya dia tahu bahawa pengetua memegang lima keputusan peperiksaan pelajar cemerlang kerana ingin membuat kejutan kepada kelima-lima pelajar itu.
            “hmm…yang saya pula?”tanya Anita
            “apa nama awak?”tanya cikgu muda itu kepada anita
            “  Norhanita binti Yazid,”
            “kejap ek,”
            “hhmmm…result awak pun tak de,mungkin ada pada pengetua juga kot,”
            “ha!!dia nak buat apa result saya?”
            “manalah saya tahu,”balas cikgu muda itu.Selepas mengetahui bahawa keputusan peperiksaan mereka berada di tangan pengetua,mereka berdua duduk dikantin sambil termenung.
            “Sya kau agak-agaklah kan,kenapa pengetua pegang result kita ek?”tanya Anita kepada Batrisya sambil termenung mengenangkan keputusan peperiksaannya yang masih berada di tangan pengetua.
             “kalau aku tahu dah lama aku bagi tahu kau,”jawab Batrisya acuh tak acuh
             “kau ni aku tanya je,”marah Anita sambil mulutnya muncung sedepa.
             “okey aku jawab apa yang aku agak je ek,aku rasa mungkin result kita teruk sangat sebab tu pengetua pegang result kita,”terang Batrisya
             “betul ke?”tanya Anita sudah mula panik
             “kau ni aku cakap kau bebal kau marah,kan tadi kau yang suruh aku teka,so,sekarang aku dah teka,kau jangan la percaya bulat-bulat aku teka je mek oitt.”
             “ya tak ya juga ek,aku pun tak tahu kenapa hari ni aku jadi sebebal ni,”
             “tau tak pe yang kau tu bebal,tapi kau tu bukan hari ni je bebal tapi hari-hari,hahaha..,”batrisya mengutuk Anita lantas tergelak berdekeh-dekeh.Anita apa lagi,mula la aksinya menarik muncung sedepanya tu.
             Tidak lama kemudian terdengar satu pengumuman yang menyuruh semua yang mengambil keputusan peperiksaan supaya pergi ke dewan terbuka sekolah mereka.
             “selamat pagi,minta perhatian kepada semua penerima keputusan peperiksaan SPM tahun ni,anda di minta untuk pergi ke dewan terbuka sekolah sekarang.ulang suara,perhatian kepada penerima keputusan peperiksaan SPM tahun ni,anda di minta untuk pergi ke dewan terbuka sekolah sekarang,terima kasih,”
“wei Sya dengar tak tu,dia suruh kita pergi dewan ar.”kata Anita
“a`ah la wei,jom pergi cepat nanti tak dapat tempat duduk,”jawab Batrisya seraya bangun dari tempat yang di dudukinya.
“jom,”

“tujuan saya memanggil awak semua untuk masuk ke dewan ini ialah saya dengan sukacitanya ingin memberitahu bahwa 5 orang pelajar sekolah kita telah mendapat keputusan yang cemerlang dan mendapat biasiswa daripada Bank Negara untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.5 orang pelajar bertuah itu ialah pertama Muhammad Alif Iqbal bin Iqram yang mendapat sebanyak 10A1 dan mendapat tawaran belajar di Kanada,yang kedua Wan Maisarah binti Wan Muhaimin yang mendapat sebanyak 11A1 dan mendapat tawaran belajar di London,yang ketiga,Ahmad Fikri bin Zamri yang mendapat 12A1 dan mendapat tawaran belajar di Amerika Syarikat,yang keempat pula Norhanita binti Yazid yang mendapat 13A1dan mendapat tawaran belajar di Jepun serta yang terakhir dan merupakan best student di sekolah kita iaitu Putri Nur Batrisya Atilia binti Mohd khair yang mendapat 16A1 mendapat tawaran belajar di Korea.Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar cemerlang itu tadi.
Setelah pengetua selesai memberi ucapan dia turun dari pentas dan pergi ke pelajar yang di sebut nama tadi dan menyerahkan keputusan peperiksaan itu sendiri.saat itu Batrisya dan Anita sudah bercucuran air mata kerana sangat terharu dan tidak sangka bahawa mereka akan mendapat keputusan yang sangat mengejutkan itu tadi.
Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah mereka,mereka bersembang mengenai tawaran belajar yang diberi kepada mereka.
              “wei Sya kau nak terima ke tawaran belajar yang kau dapat tu?”tanya Anita
              “kenapa kau tanya macam tu?”tanya Batrisya kembali
              “tak de la,mana la tau kau tak nak terima tawaran belajar tu,”kata Anita
              “tak mungkin aku tolak tawaran berharga macam tu,kau ingat senang ke nak dapat belajar kat Korea tu,aku ni orang miskin,memang aku tak kan lepaskan macam tu je tawaran tu,”ujar Batrisya.sememangnya Batrisya berasal dari keluarga yang susah dan mempunyai adik-beradik ramai,manakala Anita pula berasal dari keluarga yang berada.Namun sifat rendah diri yang ada pada Anita yang menyebabkan batrisya tidak berasa yang perbezaan taraf boleh menghalang mereka berkawan baik,jadi selama mereka berkawan tiada pertikaian yang berkaitan dengan perbezaan taraf yang boleh membuat mereka bergaduh sesama sendiri.”jadi kau nak la terima tawaran tu,”tanya anita lagi
                “yup,yang kau tanya-tanya aku macam ni kenapa?kau tak nak terima ke tawaran tu?”tanya Batrisya pula.
                “entah,aku rasa berat hati nak terima tawaran tu,”balas Anita dalam nada keluhan
                “kenapa pulak?”
                “aku takut,”
                “hek eleh,alasan tak logik langsung kau bagi,kalau kau nak tipu aku,baik kau pergi tipu semut dululah,kau ingat aku ni baru sehari dua ke kenal kau,dah dekat 12 tahun dah aku kawan dengan kau,kau ingat aku tak tau perangai kau macam mana,kau bagitahu je la aku apa yang kau risaukan tu,”
                 “sebenarnya aku sedih la nak berpisah dengan kau,”jujur Anita berkata
                “kenapa pulak?”
                 “sebab kau sahabat sejati aku dunia akhirat,”jawab Anita ikhlas dari hati.saat itu Batrisya sudah terharu “Aku pun dah anggap kau macam tu,”kata Batrisya.
“eh,dah la tu kite sepatutnya gembira sebab kita dah tunai harapan keluarga kita untuk dapat straight A dalam SPM,so kena lah happy.”Anita cuba menceriakan kembali suasana yang suram tadi. “Anita…,”kata Batrisya lambat-lambat
                   “kenapa?”Anita hairan “sebenarnya ada sebab lain lagi kenapa aku terima tawaran belajar tu,”kata Batrisya
                   “Apa sebabnya?ceritalah,”
                  “sebenarnya kau ingat tak masa hari nenek aku meninggal dulu,”
                  “ingat,kenapa?”
                  “sebelum dia meninggal dia ada pesan kat aku supaya jaga adik-adik aku dan dia sampaikan hajat dan Amanatnya  yang terakhir kat aku,”
                 “apa dia cakap,kongsilah dengan aku,”
                 “dia cakap dia teringin sangat nak tengok aku Berjaya dalam peelajaran dan dia suruh aku ubah nasib keluarga aku,jadi,mulai dari detik itulah aku mula dapat kesedaran dan mula belajar bersungguh-sungguh untuk menunaikan hajat nenek aku itu,”terang Batrisya panjang lebar.      “baguslah macam tu,aku pun tumpang gembira sebab kau dah dapat tunaikan hajat nenek kau,”
               “itulah aku ingat nak tanya mak aku nak bincang dengan dia,aku nak ajak dia buat kenduri kesyukuran dan sekaligus kenduri arwah untuk nenek aku sekali,macam mana pendapat kau?”       “aku tak membantah,aku ikut je asal benda tu baik,”
                “okey,balik ni aku nak bagitahu mak aku lah,”
                “okey,apa-apa hal aku tetap kat belakang kau,okeylah aku balik dulu,best sangat sembang dengan kau sampai tak sedar yang rumah aku dah terlepas dah,”
                “eh ye ke? Aku pun tak perasan”
               “okey aku balik dulu,assalamualaikum.”
                “wa`alaikumsalam.”jawab Batrisya dan mereka berpisah untuk pulang ke rumah masing-masing.





                                                                             2
Semasa Batrisya sampai di rumahnya,dia terus menjerit-jerit menamggil Mak Piyah dan meluru ke emaknya lantas memeluk emaknya.
“ha,macam mana keputusan?”Mak Piyah tidak sabar ingin tahu keputusan anaknya
“ni ha,”Batrisya menyerahkan keputusannya.
“Alhamdulillah…berjaya juga kau nak,”Mak Piyah sudah berlinangan air mata.
“mak,Sya ada benda nak  beritahu mak ni,”Btrisya serba salah hendak memberitahu ibunya.
“Apa?”
“Sya dapat tawaran belajar ke Korea,”
“baguslah macam tu,”
“Sya tak tahu nak pergi ke tak,”Batrisya berkata daam keadaan sayu.
“la..kenapa pulak,”Mak Piyah pelik
“ye la,nanti kalau Sya pergi siapa yang nak tolong mak dengan ayah,”
“la…fasal mak dan ayah kau jangan hiraukan,pandailah kami nak buat nanti,lagipun adik kamu kan ada,boleh minta tolong dari dia orang,”
“tapi..,”Batrisya serba salah.
“tak payah tapi-tapi lagi,mak tahu memang kau nak pergi belajar kat sanakan,”
“mana mak tahu?”
“alah Sya mak bukan baru kenal kamu sehari dua mak yang lahirkan kamu,mak dah tahu luar dalam kamu,perangai kamu,semua tentang kamu mak dah tahu lagi pun kan kau minat sangat lagu-lagu korea,ape nama kumpulan yang kau minat sangat tu?super ape?supermen ek?,”
“hahaha..bukan supermen la mak,super junior,apalah mak ni.”
“manalah mak tahu,”Batrisya terus memeluk emaknya dan teresak-esak kerana hanya emaknya dan Anita sahaja yang tahu dan ambil berat tentang dia.Ayahnya bagaikan benci kepada Batrisya kerana Batrisya merupakan anak tirinya sahaja.segala yang di buat Batrisya dianggap salah dimatanya,pernah sekali semasa Batrisya berada di tingkatan tiga,dia pulang ke rumah pada pukul 9 malam kerana mereka mengadakan belajar berkumpulan di rumah cikgu Salwa kerana peperiksaan PMR lagi seminggu akan tiba.Apabila dia sampai di rumah dan memberi salam.Ayahnya terus meluru membuka pintu dan melibas badan Batrisya dengan menggunakan tali pinggang,ibunya cuba menghalang tetapi ibunya pula yang di libas dengan tali pinggang,dan Batrisya menghalang ayahnya dari memukul ibunya,dia tidak sanggup melihat ibunya menderita biarlah dia yang menderita asalkan ibunya bahagia.

Pada minggu berikutnya Batrisya telah siap mengisi segala borang yang perlu diisi dan dia terus mengeposkan boring itu ke pihak universiti di Korea.
“Assaamualaikum..,”
“waalaikumsalam,eh kau Nita jemputlah naik,ape hal tiba-tiba datang sini??”
“aku ade hal nak tanye kau ni,”
“kalau ye pun naik lah dulu,boleh aku buatkan air,”
“tak pe lah hal ni penting,boleh tak kita cakap kat tempat lain??”
“kat mana?”
 mana-mana je lah,”
“okey tunggu jap aku nak ambik tudung,”
Angin sepoi-sepoi bahasa berpuput lembut menyapa kulit dua sahabat yang sedang bersantai di bawah pokok rambutan di rumah Batrisya itu.
“ha..apa benda yang kau nak cakapkan tu??”
“tak aku nak tanye kau nie,kau dah isi ke borang permohonan tu??”
“la..nak tanye tu je ke,aku dah siap poskan dah borang tu,”
“amboi cepatnya!”
“hehehe..aku excited sangat nak pergi,kau dah isi ke belum??”
“aku dah isi,tapi aku tak poskan lagi borang tu,”
“kenape pulak?”
“entah la,aku berat hati nak tinggal kan semua kat sini,”
“la..kenapa pulak macam tu..,”
“tu la yang aku tak tau  tu,”
“kau kena fikir positif benda ni,kau pergi pun bukan nak suka-suka,ni demi masa depan kau jugak,”
“tu la fasal,tak pe la,nanti aku poskan borang tu,”
“eh..apa kata sambil-sambil kita tunggu maklum balas dari pihak universiti tu,apa kata kita cari kerja dulu,boleh buat tambah-tambah duit poket kat sana nanti?”Anita memberi cadangan dengan teruja
“ye la..aku pun ada ingat macam tu jugak,tapi kita nak cari kerja kat mana?”
“ha..baru aku teringat hari tu kakak aku yang duduk di Kuala Lumpur tu ada kata kawan dia baru buka kedai,so,nanti boleh la kita kerja kat situ,”
“kedai apa?”
“kedai kek,”
“wah! Bestnya nanti boleh la hari-hari makan kek,”
“tau tak pe,”
“tapi nanti aku tanya mak aku dulu,takut dia tak bagi pulak,lagi pun aku tak pasti lagi,kau tau-tau je la ayah aku tu macam mana,”
“okey aku tunggu jawapan kau,”
“eh,jom la balik dah nak dekat maghrib dah nie,”
“a`ah la,jom la,”
“jumpa kau nanti,bye…
bye..”

seminggu selepas pertemuan mereka itu,Batrisya di beritahu oleh Anita yang permintaan mereka untuk berkerja di kedai kek kawan kakaknya itu diterima dan mereka boleh pergi berkerja secepat mungkin.Bagi Anita dia begitu seronok untuk berkerja,walaupun tanpa berkerja,dia dapat duit poket yang cukup dari bapanya,tapi dia terlalu ingin merasakan pengalaman berkerja seperti orang lain dan ingin merasa duit hasil titik peluhnya sendiri.

“Sya kau dah tanya mak kau ke belum?”
“belum la..,”
“kenapa pulak?aku ingat kau dah tanya dah,”
“aku takut la nak tanya mak aku,”
“apa yang nak di takutkannya,”
“ya lah nanti mak aku tak bagi kang,”
“la..kau cakap la elok-elok dengan mak kau,gerenti dapat punya,”
“aku takut…”
“tak pe nanti aku teman kau cakap dengan mak kau,”
“okey kau backup aku tau,”
“okey small matter la,”

Pada keesokkan harinya mereka berdua pergi bertemu ibu Batrisya untuk meminta kebenaran untuk berkerja.

“ibu..Sya dengan Nita ada benda nak cakap nie,”kata Batrisya sambil teragak-agak
“apa dia?”jawab mak Timah
“aa..err..hhmm..,”batrisya teragak-agak
“apa dia cakap je la,”
“Nita kau je la yang cakap aku takut la,”batrisya berbisik kepada Nita.
“ish kau ni menyusahkan aku betul la,”Anita merungut
“hehehe…macam ni Mak Timah,saya wakil dari Batrisya nak minta izin dari Mak Timah nak ajak Batrisya berkerja,”Anita bercakap dengan nada selembut mungkin
“kerja di mana?”
“Kuala Lumpur,”
“apa!!! Kuala Lumpur!! jauhnya..,”Mak Timah terkejut
“hehehe..,”Anita hanya tersengih sahaja.
“kerja apa?”tanya Mak Timah lagi
“kerja kedai kek,boleh tak mak?”tanya batrisya setelah melihat mood ibunya agak baik hari ini.
“nanti kalau dah kerja kat sana,nak duduk di mana?”
“rumah dah di sediakan,tuan punya kedai tu yang sediakan,”
“kalau kau dah beria-ia nak sangat kerja kat Kuala Lumpur,pergi lah mak izinkan,tapi,tanya ayah kau dulu,nanti dia mengamuk pulak,”terang Mak Timah.saat itu Batrisya sudah menunjukkan riak wajah yang bimbang,lalu dia menoleh kearah Anita berharap agar sahabatnya itu dapat memberi jalan penyelesaian tapi,Anita hanya mengangkat bahu seolah-olah faham dengan pandangan Batrisya.
“tak pa la mak nanti Sya cuba tanya ayah,mana tau kut-kut dia bagi ke,”kata Batrisya dalam nada keluhan.
“err..Sya aku balik dulu ek,nanti kita bincang lagi,kau cuba-cubalah tanya ayah kau mana tahu dia bagi ke,”kata Anita seraya berpaling melangkah untuk pulang ke rumahnya.
“okey,nanti kita jumpa lagi,
Batrisya takut-takut menghampiri ayahnya untuk menyatakan hasratnya untuk pergi berkerja di Kuala Lumpur.Dia masih terbayang-bayang peristiwa dia di sebat dengan tali pinggang oleh ayahnya dahulu gara-gara pulang lewat kerana melakukan belajar berkumpulan di rumah cikgi salwa dua tahun yang lepas.Selepas kejadian itu,dia sudah serik untuk keluar rumah pada waktu malam.
“ha!! yang kau tercegat kat situ buat apa?”sergah  Pak Mail.Habis berterabur kenangan tentang peristiwa yang memeritkan itu.
“err,,urrmm..err…sebenarnya…” Batrisya sudah tergagap-gagap untuk bercakap dengan ayahnya.
“apa yang sebenarnya-sebenarnya dari tadi?cakap je la!!”tengking Pak Mail.Batrisya yang tergagap-gagap dari tadi terkejut terus terhambur apa yang ingin di ucapkannya tadi.
“sebenarnya Sya nak mintak izin kerja kat K.L”kata batrisya laju.`aduh boleh pulak terlepas,minta-mintalah ayah tak marah`.
“apa kau nak kerja kat K.L??”Pak Mail terkejut dengan penyataan anak tirinya sebentar tadi.
“kau nak kerja apa?”suara Pak Mail sudah mengendur sedikit.Batrisya sudah menarik nafas lega.ini bermakna mood ayahnya baik dan berkemungkinan hasratnya untuk pergi kerja di kota raya metropolitan itu tercapai.
“Sya nak kerja di kedai kek dengan Anita,”
“kau nak duduk di mana nanti?”
“tuan punya kedai dah sediakan rumah untuk Sya dan Anita,”
“berapa lama kau nak kerja kat sana?”tanya Pak Mail.sebenarnya Pak Mail sangat menyayangi anak-anaknya,tidak kira sama ada anak tiri atau anak kandung.tapi cara Pak Mail menunjukkan kasih saying itu sukar di Nampak oleh anak-anaknya kerana Pak Mail dulu bekas tentera,jadi dia sudah terdidik dengan sifat dedikasi,gigih,menepati waktu dan sebeb itulah muka Pak Mail kelihatan bengis,siapa tahu,rupa-rupanya dalam muka bengis itu terselit perasaan sayang yang sangat tinggi terhadap anak-anaknya.
“sampai result SPM Sya keluarlah,”kata batrisya semakin yakin bahawa hasratnya untuk pergi berkerja di Kuala Lumpur akan tercapai.
“hhmm..nak pergi boleh tapi pandai-pandailah jaga diri,ingat kau tu anak dara,aku tak nak nanti kau balik sini kau bawak perut yang membuyung,kalau jadi macam tu,jangan haraplah kau nak jejak kaki kat rumah ni lagi,”pesan Pak Mail
“baik ayah,terima kasih ayah,”kata batrisya seraya berpaling menuju ke dalam biliknya dengan hati yang berbunga riang
                                                 







                                                                             3
Batrisya terus ke rumah Anita paginya untuk memberitahu berita gembira itu.dia sudah tidak sabar-sabar untuk pergi ke Kuala Lumpur.seingatnya dari kecil sampailah sekarang dia tidak pernah pun pergi luar dari negeriya itu.inilah pertama kali dia pergi ke Kuala Lumpur.hatinya sangat gembira.
“Assalamualaikum..Nita oh Nita,”laung Batrisya memberi salam
“waalaikumsalam..eh kamu Batrisya nak cari anita ke,masuklah dulu,”pelawa Mak cik Kiah,mak Anita.                                                                                                                                    
“eh,Mak cik,a`ah saya nak jumpa Anita,dia ada tak?”
“ada tengah buat tahi mata lagi tu,tak reti-reti nak bangun,nanti mak cik kejutkan dia,kamu naiklah dulu,”
“baik makcik,”Mak cik Kiah sudah berlalu masuk ke dalam rumah untuk mengejut anaknya.tidak lama selepas itu muncul Anita yang terpisat-pisat kerana baru bangun dari tidur.
“ha kau Sya apa hal?kacau je orang nak membuta pagi-pagi ni,tadi aku dah best-best mimpi David Archuletta melamar aku,dah kau pula datang,habis hilang David Archuletta aku,sayang betul.Apa hal ni pagi-pagi datang cari aku?”tanya Anita setelah mengomel panjang lebar.
“dah habis dah membebel tu?aku datang sini nak bagi tahu yang aku dapat ikut kau pergi kerja kat K.L tu,”beritahu Batrisya dengan wajah bersahaja.Anita yang menguap sebentar tadi erus terbuntang matanya kerana tidak percaya apa yang di dengarinya.
“ha! betul ke kau dapat ikut?alhamdulillah”dapat juga kita sama-sama merasa kerja kat sana kan,”kata Anita dengan senyum tidak lekang di bibirnya.
“a`ah,”jawab Batrisya sambil membayangkan kehidupan di Kuala Lumpur itu.
“eh tapi bapak kau bagi ke kau pergi K.L ni?”tanya Anita serta merta riak wajahnya berubah.
“mestilah bagi kalau tak mana mungkin aku datang jumpa kau ni,”kata Batrisya seraya menepuk bahu Anita.Saat itu Anita sudah menarik nafas lega kerana bapa Batrisya sudah memberi kebenaran untuk pergi ke Kuala lumpur.
Lima hari selepas Batrisya memberitahu hal tersebut,mereka di panggil oleh pemilik kedai untuk pergi berkerja secepat mungkin,pantas Anita memberitahu berita yang memang di tunggu-tunggu oleh mereka berdua itu kepada Batrisya.

“Assalamualaikum..Sya oo..Sya,”Anita memanggil Batrisya dalam keadaan tercungap-cungap kerana mengayuh basikal dengan begitu pantas sekali tadi.
“ha,ada apa cari aku sampai tercungap-cungap macam kena kejar anjing  je  aku  tengok,”
“fuhh..  penatnya  aku,macam  pelumba  basikal  Negara  aku  bawa  basikal  tadi,semata-mata nak bagitahu  kau  berita  gembira  nie,”kata Anita  bersemangat.
“berita apa?”
“yang fasal kerja tu la,tuan punya kedai kek tu suruh kita pergi sana secepat mungikn,”
ye ke?bila kita nak pergi?”tanya  Batrisya  teruja.
“lusa,”
“oh..okey nanti aku bagitahu mak dengan bapak aku,”
“okeylah  aku  nak  balik  dulu,nak  kemas  baju,lus  dah  nak pergi  dah,”
“amboi  tak sabar-sabar Nampak,”
“hehehe…macam  kau  tak  tau  aku,”
“okeylah aku  pun  ade  kerja  nak  buat  nie,jumpa  nanti  okey,”
“okey,bye..assalamualaikum,”Anita memberi salam lantas mengayuh basikalnya  pulang  menuju  ke  rumahnya.
“waalaikumsalam,”Batrisya menjawab.

Hari  yang  ditunggu-tunggu  oleh  dua  gadis  itu  telah  pun  tiba.mereka sangat teruja sekali.

“mak Sya pergi dulu tau,nanti bila Sya dah dapat gaji Sya hantar untuk mak kat kampong,”Batrisya  dalam nada sedih
tak pe lah Sya,bagi mak asalkan kau gembira mak dah cukup bahagia dah,”luah Mak Timah.
“Sya cepat sikit nanti lambat pula kita sampai!!”laung Anita yang sudah sedia menunggu di dalam teksi.
“okeylah mak,Sya pergi dulu,”kata Batrisya seraya menyalami tangan Mak Timah.kemudian dia bersalaman pula dengan ayahnya.
“ayah Sya pergi dulu,”kata Batrisya menghulurkan tangan bersalaman dengan Pak Mail.
“hhmm…tapi kau jangan lupa pesan aku,”Pak Mail mengingatkan Batrisya tentang apa yang telah dipesannya dahulu
“baik ayah,”pantas Batrisya menyahut.
“bye semua Sya pergi dulu,”laung batrisya yang sudah berada dalam teksi
“jangan lupa dah sampai telefon mak tau,”Mak Timah melaung kepada Batrisya seraya Batrisya mengangguk dan teksi itu pun perlahan-lahan bergerak meninggalkan perkarangan rumah Batrisya.












                                           4

“Abang, oo..abang,”Azura memanggil abangnya yang sedang khusyuk bermain permainan video itu.
“abang!! Dengar tak ni Zura nak cakap ni!!benci betul la dengan abang ni,”Azura sudah mula menarik muka masamnya itu berserta muncung sedepanya itu.
“kenapa?orang tengah syok-syok ni,”kata Adi Putra yang masih memandang ke skrin televisyen di hadapannya itu.
“Abang ni cuba pandang muka Zura kejap,ada benda penting Zura nak cakap ni,kalau anabg tak pandang Zura nanti Zura cabut wayar PS 2 abang tu,”gertak Azura yang sudah mula bangun bergerak ke arah plak yang terdapat wayar  permainan video itu.
“okey..okey abang pandang Zura,ha nak apa abang dah pandang dah ni?”ujar Adi Putra.
“abang tau tak esok hari apa,?”sengaja Azura ingin menguji Adi Putra sama ada Adi Putra peka atau tidak tentang tarikh esok harinya.
“esok hari ahad la,tak kan nak tanya benda tu je mengarut betul la Zura nie,”jawab Adi Putra pelik dengan perangai adiknya itu.
“Abang ni,nampak sangat yang abang tak peka dengan keadaan sekeliling kan,”kata Azura geram dengan perangai abangnya itu.
“ee..Zura ni cuba straight to the point je dengan abang,jangan la putar belit cerita,adoi,”Adi Putra cuba sudah bosan.
“aduh,susah betul la abang ni,esok kan birthday mama,”
“Ha`ah lah macam mana abang boleh lupa!macam mana ni,sekarang dah malam,macam mana nak beli kek,”Adi Putra sudah risau.
“tu la abang,lain kali peka la sikit,”Azura sudah mula membebel
“ala..Zura pun satu,kenapa baru bagitahu abang sekarang,malam pula tu,sekarang kan dah susah,macam mana nak beli kek ni,”keluh Adi Putra.
“ala..abang jangan risau,hari tu Zura ada nampak kedai kek yang baru buka kat Bandar,esok kita try tengok kat kat sana,”cadang Azura.
“okey,esok Zura ikut abang tau,”
“okey,”kata Azura


“Sya,tolong akak keluarkan kek coklat dalam peti tu,ada orang nak”kata kak Hamidah,tuan punya kedai merangkap bos Batrisya.bagi batrisya,kak Hamidah seorang yang baik tapi,tegas dalam melakukan tugas dan dia amat mengagumi ibu tunggal beranak empat itu,kak Hamidah ibu tunggal,tapi dia Berjaya membuktikan yang ibu tunggal juga boleh Berjaya tanpa bantuan dan menagih simpati orang lain.
“okey kak”balas batrisya lalu pergi ke peti yang di tunjukkan oleh kak Hamidah,atau lebih mesra dipanggil kak Midah.semasa Batrisya menutup pintu peti dan hendak memusingkan badannya tiba-tiba..
“peekk,”bunyi kek terjatuh diselangi oleh latah Batrisya “opocot mak kau lembik,”
“opss..sorry,”kata pemuda itu lalu pergi ke kaunter untuk mengambil kek yang sudah di tempah tadi.disaat itu hati batrisya sudah panas membara,tunggu masa sahaja untuk terbakar.

cis tak guna punya mamat,dah la langgar orang,lepas tu main blah macam tu je,minta maaf pun tak.tapi bukan dia dah cakap sorry ke tadi?ah lantak la,dy bukan ikhlas pun cakap tadi,nak kene mamat ni,siap kau.Desih Batrisya dalam hati.
“okey,terima kasih kak,”ucap Adi Putra lantas tergesa-gesa ingin keluar dari kedai itu tetapi..
hello brother,apa macam?,best tak langgar kek orang tadi?puas hati?,”kata batrisya kepada Adi Putra.Adi Putra tersentap  sebentar,tetapi dia masih meneruskan langkahnya tanpa mempedulikan gadis yang di langgarnya tadi kerana dia benar-benar ingin cepat sekarang.

oh,kau buat tak tahu ek,siap kau.desis Batrisya dalam hati.kemudian Batrisya mengaut kek yang tumpah di atas lantai itu dan kemudiannya terus melemparkan kearah Adi Putra .

“peek,”kek itu tepat mendarat di belakang Adi Putra,Adi Putra benar-benar terkejut.dan dia menoleh memandang tajam kearah Batrisya.
“aku akan selesaikan dengan kau nanti!,”laung Adi Putra kepada Batrisya sebelum dia menutup pintu kereta dan dalam masa yang sama Batrisya menjelirkan lidah kepada Adi Putra.Tak senonoh betul anak dara seorang ni.

huh!padan muka kau,baru kau tau siapa Nur Batrisya Atilia binti Mohd Khair,tapi,dia bukan kenal aku pun,ah lantak la! Yang penting aku puas hati.padan muka kau,Mamat sengal!.Desis Batrisya didalam hati.

Di dalam kereta Azura sudah pelik melihat abangnya membuka baju dan bajunya penuh dengan kek coklat.
“Aik?abang pergi main kek ke beli kek?,”
“buat kek,”kata Adi Putra tanpa menoleh ke arah adiknya.
“abang ni,orang tanya betul-betul dia main-main pulak,”rajuk Azura sambil memuncungkan bibir.Anak manja memang macam itu.
“tak de la,tadi ade minah giler sorang tu,dia lempar kek kat abang,sebab tu la baju abang jadi macam tu,”kata Adi Putra tanpa memberitahu hal sebenar kerana malas hendak mencerita kan denganlebih lanjut tentang kisah yang terjadi tadi.
“oh,”kata Azura malas hendak memanjangkan cerita.

No comments:

Post a Comment